PENGALAMAN SCARISBRICK
Kediaman peribadi yang mewah dengan jaminan sokongan keselamatan kesihatan selama 24-jam di lokasi
Kemasan lantai berjubin yang berkualiti tinggi, peralatan serta perabot Eropah mewah, bilik mandi peribadi dengan seni pertukangan halus menghiasi setiap ruangan kediaman.
Setiap kediaman boleh dibeli secara lengkap, atau kosong seperti kanvas mengikut citarasa anda sendiri, atau juga dengan rekaan khas untuk anda oleh pereka dalaman profesional kami.
Ciri-ciri Kediaman
- Cadar katil dari kapas halus bermutu tinggi
- Penyaman udara berkualiti tinggi
- Karya seni untuk pilihan peribadi
- WIFI Berkelajuan Tinggi
- Antara Katil bersaiz King yang selesa di dunia
- Koleksi Pilihan Bantal yang bersesuaian dengan anda
- Sistem Hiburan bermutu tinggi termasuk Televisyen Pintar Skrin Besar
- Jubah mandi mewah dari kapas bermutu tinggi
- Peralatan mandian berjenama pereka (Gucci, Chanel, Louis Vuitton)
- Bar peribadi dengan barangan berkualiti
- Mesin espresso bertaraf barista
- Dan tentu saja di setiap kediaman mempunyai Butang Panggilan Pembantu Peribadi yang bertugas selama 24jam setiap hari yang bersambung terus ke pasukan sokongan kami sekiranya diperlukan.

Perkhidmatan kejururawatan daripada Angels Care
Salah satu aspek utama kehidupan mewah Scarisbrick International adalah memastikan bahawa kesihatan anda dijaga setiap masa. Itulah sebabnya Scarisbrick mempunyai Pusat Sokongan Kesihatan di lokasi yang sentiasa bersedia 24-jam setiap hari. Kumpulan sokongan kesihatan akan membantu anda kerana kehidupan anda amat berharga dan wajar dinikmati.
Itulah falsafah di sebalik konsep Scarisbrick Residences mewah bertaraf 6-bintang. Ini juga adalah sebab mengapa kami menubuhkan Angels Care, sebuah kumpulan kejururawatan dan penjaga kebajikan pesakit yang sangat berdedikasi serta boleh melawat dan merawat anda di kediaman anda sendiri. Pihak Angels Care akan menyediakan semua perkhidmatan dan penjagaan selepas mendapat konsultasi dari doktor anda, dengan keselesaan kediaman anda sendiri berbanding di wad hospital. Angels Care akan memantau perkembangan kesihatan anda dan memaklumkan kepada pihak hospital jika diperlukan.
Sekiranya timbul kecemasan kesihatan di kediaman, anda boleh menekan butang panggilan Pembantu Peribadi, dan pasukan responden pertama Angels Care akan berada di kediaman anda dalam masa beberapa minit sahaja.
Angels Care juga boleh merawat dan menjaga anda ketika dalam proses pemulihan selepas pembedahan atau proses penyembuhan penyakit serta pemantauan aktiviti seharian anda. Walau apa pun situasi anda, Angels Care sentiasa bersedia untuk anda.
Tidak kira dalam apa jua keadaan anda.

Perkhidmatan Bertaraf Hotel Antarabangsa
Kami juga menyediakan perkhidmatan hotel bertaraf antarabangsa 6-bintang sepanjang masa, perkhidmatan peribadi yang istimewa untuk anda agar anda dapat menikmati kehidupan di kediaman baru anda secara maksimum.
Apabila anda menjadikan Kediaman Scarisbrick kediaman anda, perkhidmatan di bawah adalah tersedia untuk anda:
- Penyambut tetamu 24 jam
- Perkhidmatan “concierge” 24 jam
- Pemandu peribadi dan limosin
- Pembantu Peribadi Eksklusif untuk memenuhi setiap keperluan anda
- Chef peribadi
- Perkhidmatan butang tekan 24 jam di setiap kediaman untuk Pembantu Peribadi Eksklusif, sajian berkualiti hotel mewah, Spa (urutan, rawatan kecantikan), mengemas kediaman, bantuan mendobi dan bantuan kesihatan dan kejururawatan
- Sajian antarabangsa di Restoran dan Bar
- Perkhidmatan Pejabat (business centre)
- Peti Deposit Keselamatan
- Tempat Letak Kereta Persendirian
- Perkhidmatan Keselamatan VIP
- Perkhidmatan Helikopter dan Jet peribadi
- Kelab VIP Scarisbrick. . Anda secara automatik telah menjadi ahli bagi Kelab VIP Scarisbrick apabila anda menjadikan Scarisbrick kediaman anda. Manfaat keahlian adalah termasuk:
- ○ Potongan diskaun untuk restoran tempatan, farmasi, perkhidmatan spa dan kecantikan, dan lain-lain
- ○ Hak penginapan di kediaman Scarisbrick di seluruh dunia

Kesihatan dan Kesejahteraan
Di Scarisbrick, kami ingin anda memanfaatkan sepenuhnya kehidupan anda. Selain daripada perkhidmatan kesihatan kelas pertama kami, kami telah meningkatkan kemudahan untuk membantu anda menikmati gaya hidup yang aktif dan memberangsangkan.
- Kolam renang
- Laluan pejalan kaki yang indah melalui taman yang bersih
- Kawasan fitness dan Gimnasium yang lengkap
- Sauna
- Jakuzi peribadi
- Perkhidmatan urutan peribadi dan juru kecantikan
Di Scarisbrick, anda akan merasa seperti di pusat peranginan setiap hari.

Klinik Spa dan Kesihatan
Salah satu ciri unik di Scarisbrick International adalah tertumpu kepada kesihatan dan kesejahteraan. Scarisbrick International merealisasikan konsep ini dengan menyediakan pusat kesejahteraan holistik. Falsafah kami adalah untuk menggabungkan bahan-bahan semulajadi dari Timur dan Barat secara harmoni bagi memastikan anda mendapat manfaat yang secukupnya dengan kelihatan lebih muda dan lebih sihat setiap hari.

Peningkatan Diri
Pembelajaran secara berterusan dapat meningkatkan kualiti hidup anda. Otak adalah otot yang memerlukan senaman untuk kekal sihat.
Oleh itu, Scarisbrick akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik untuk peningkatan diri anda. Kami membuka laluan kepada konsert atau persembahan peribadi, persembahan kesenian dan banyak lagi aktiviti yang menarik. Kami juga mengatur program bersama pakar kesihatan untuk mengembangkan pengetahuan anda contohnya pembuatan teh, penghargaan wain, makanan, seni, muzik, tai chi, tarian dan lain-lain.
Kami juga dapat menyediakan aktiviti peribadi seperti sukan dan aktiviti luar misalnya “Skydiving”, pelayaran, lawatan ke bandar, bahkan pelayaran kapal layar peribadi.
