SCARISBRICK

Puteri Cove Residences

Puteri Harbour, Iskandar Puteri
Johor, Malaysia

SELAMAT DATANG KE GAYA HIDUP MARINA MEWAH ANDA!

Pelabuhan Puteri, yang turut dikenali sebagai “mahkota” kebanggaan Iskandar Puteri terletak hanya beberapa minit perjalanan dari kota Singapura. Di sini anda dapat menjalani kehidupan marina yang eksklusif dan mewah seperti golongan kelas tinggi.

Lokasi kediaman berprestij ini mempunyai pelbagai premis perniagaan yang memaparkan kehidupan di marina, seperti restoran yang menyediakn sajian di ruang terbuka untuk menikmati pemandangan dan landskap yang indah. Pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka, serta medan selera adalah antara kemudahan lengkap yang boleh didapati di sini.

Lokasi strategik Scarisbrick Puteri Coves hanya terletak 5-minit dari Hospital Gleneagles, yang merupakan antara hospital yang sangat terkemuka di seluruh dunia.

Puteri Coves adalah satu contoh yang sangat sempurna, yang menjanjikan gaya hidup yang mewah dan digabungkan bersama sokongan kesihatan 24-jam sehari.

Penginapan Mewah

Pilih dari kediaman 1, 2, 3 atau 4 bilik, semuanya direka khas oleh pasukan pereka dalaman eksklusif kami. Menampilkan lantai berkualiti, peralatan mewah, bilik mandi seni pertukangan halus menghiasi setiap ruang kediaman, setiap apartmen boleh dibeli sama ada berperabot lengkap, atau kosong seperti kanvas untuk direka mengikut citarasa anda sendiri, atau direka khas untuk anda oleh pereka dalaman kami.

Dan tentu saja di setiap kediaman mempunyai Butang Pemanggil Pembantu yang bersambung terus ke pasukan sokongan, sekiranya diperlukan.

Pusat Angels Care

Pusat Perawatan dan Penjagaan Angels Care kami terdapat di lokasi dan bersedia 24 jam sehari. Kakitangan Angels Care kami sentiasa bersedia untuk anda pada bila-bila masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan rutin, isu kesihatan yang khusus mahupun keadaan kecemasan atau diluar jangkaan. Kunci utama untuk menjalani kehidupan mewah di Scarisbrick ialah dengan memastikan kesihatan anda berada di dalam jagaan yang terbaik.

Sekiranya berlaku kecemasan kesihatan, Kakitangan Angels Care kami dilatih secara perubatan sebagai responden pertama, dan berada di kediaman anda dalam beberapa minit. Ambulan Medivac yang lengkap dengan peralatan sokongan kesihatan dan kecemasan juga sentiasa bersedia di lokasi kediaman untuk membawa anda ke Hospital Gleneagles yang hanya terletak 5-minit dari kediaman, bagi mendapatkan rawatan lanjut, jika perlu.

Standard penjagaan kesihatan di Malaysia adalah kelas pertama, Malaysia telah dinobatkan sebagai negara # 1 di dunia untuk penjagaan kesihatan terbaik (ref: ‘Penjagaan Kesihatan Terbaik’ di bawah kategori ‘Dunia’ dari ‘International Living Global 2019’ Indeks Persaraan).

Kemudahan Mewah

Scarisbrick International adalah kediaman persendirian anda.

Kami juga menyediakan perkhidmatan hotel mewah bertaraf 6 bintang. Gaya hidup mewah di Puteri Cove menyediakan tempat makan mewah dan santai, gim yang lengkap dengan tenaga pengajar yang berkelayakan, kemudahan akuatik yang luas dan gelanggang tenis.
Pusat Spa dan Kesihatan eksklusif kami didedikasikan untuk menyampaikan secara menyeluruh kesejahteraan holistik, dan kami menawarkan pelbagai terapi kesihatan dan kesejahteraan untuk mereka yang ingin meniti usia dengan baik!

Di bawah ini adalah program aktiviti kesejahteraan untuk seminggu yang anda boleh sertai:

 
Masa / Hari8:00AM – 9:00AM9:00AM – 11:00AM2:00PM – 4:00PM4:00PM – 5:00PM7:00PM – 9:00PM
IsninMeditasiKelab BukuAqua ClassesRundingan KesihatanMahjong / Permainan
SelasaLatihan kekuatanPergaulan Sosial di Waktu PagiTerapiMuzikMahjong / Permainan
RabuKelas AquatikPerkongsian IlmuSenaman BadanMeditasiMahjong / Permainan
KhamisYogaPergaulan Sosial di Waktu PagiTerapiSeniMahjong / Permainan
JumaatTai ChiKelab BukuSenaman BadanTarianMahjong / Permainan
SabtuPasar TaniMenikmati Alam SemulajadiKelas MemasakFilemTarian (Bulanan)
Pemilik Scarisbrick Residence juga akan menjadi ahli Kelab Elite Scarisbrick. Tempat khusus “Ahli sahaja” membolehkan ahli untuk bersosial dengan ahli yang lain.

Kos Sara Hidup di Puteri Cove

Malaysia dengan pantas telah menjadi salah satu destinasi persaraan paling popular di dunia, kerana ia menawarkan nilai perbelanjaan yang berbaloi.

Harga Scarisbrick hanyalah sebahagian kecil daripada pangsapuri mewah yang setara di Singapura, Hong Kong atau Australia, sementara kos sara hidup yang berterusan, makanan, utiliti dan lain-lain hanya 10-20% dari negara-negara tersebut.

Hubungi kami sekarang untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Scarisbrick International dapat memberikan kehidupan mewah untuk anda.

Pelan Lantai Unit

Di Scarisbrick Puteri Cove, anda mempunyai pelbagai kediaman 1,2, 3 dan 4 bilik tidur untuk dipilih. Mulai dari 89.9 m persegi. Pangsapuri, hingga 265 meter persegi. “Penthouse” Mewah berpanorama. Pasukan Scarisbrick kami dapat membantu mencari pangsapuri yang betul sesuai untuk anda.