SCARISBRICK

KEHIDUPAN BAK BANGSAWAN

 SCARISBRICK

KEHIDUPAN BAK BANGSAWAN

 SCARISBRICK

KEHIDUPAN BAK BANGSAWAN

 SCARISBRICK

KEHIDUPAN BAK BANGSAWAN

 SCARISBRICK

KEHIDUPAN BAK BANGSAWAN

Scarisbrick – Gaya Hidup Mewah Yang Ditakrifkan Semula

Scarisbrick International percaya bahawa anda tidak dapat menikmati kemewahan hidup, jika anda tidak mendapat jaminan keselamatan terhadap kesihatan. Justeru itu, kami telah memperkenalkan konsep terbaru dalam bentuk kehidupan yang mewah, serta menggabungkan gaya hidup seperti di resort 6-bintang, dengan perkhidmatan Pembantu Peribadi Eksklusif, perkhidmatan menyediakan makanan dan minuman, Perkhidmatan Spa Kesihatan, servis mengemas dan membersihkan kediaman, perkhidmatan dobi pakaian serta perkhidmatan penjagaan kesihatan daripada tenaga kejururawatan yang cekap serta profesional, untuk tempoh selama 24-jam setiap hari dengan melalui satu sentuhan butang sahaja. Kediaman berprestij kami terletak di lokasi-lokasi yang indah di seluruh dunia. Kami ingin membawa anda untuk meneroka dan menyelami sendiri kombinasi gaya hidup mewah dan unik dengan jaminan kesihatan yang kami sediakan di Scarisbrick International.

Scarisbrick International merupakan ahli “Gold Member” bagi Forum Inovasi Penuaan Asia (Ageing Asia Innovation Forum). Berpusat di Singapura selama 11 tahun, Ageing Asia berdedikasi untuk memilih dan mempamerkan idea paling kreatif dan inovatif dunia di dalam bidang kesihatan dan penjagaan golongan warga emas https://aaif.ageingasia.com

Scarisbrick juga merupakan rakan strategik bersama Hospital Gleneagles. Hospital Gleneagles merupakan peneraju dalam usaha perawatan pesakit secara komprehensif dan luar biasa di Singapura sejak tahun 1958. Ia kini menjadi sebahagian daripada IHH Healthcare, salah satu kumpulan penjagaan kesihatan terbesar di dunia dengan modal pasaran untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, Singapura, India, China, Hong Kong, Brunei dan Negara-negara Arab Bersatu.

Kediaman Mewah

Anda harus memulakan hari anda setiap pagi dari sebuah kediaman mewah dan indah yang memberikan keselesaan dan sumber inspirasi kepada anda.

Kediaman Mewah

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

Salah satu keutamaan di Scarisbrick adalah memastikan bahawa anda berada di tempat yang paling selamat sepanjang masa.

Perkhidmatan Bertaraf Hotel Antarabangsa

Kami juga menyediakan perkhidmatan yang anda inginkan seperti di tempat percutian mewah bertaraf antarabangsa.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Kami juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu anda untuk menikmati aktiviti-aktiviti proaktif untuk merangsang gaya hidup anda.

Pusat Kesejahteraan Holistik

Salah satu ciri-ciri unik Scarisbrick International adalah Pusat Kesejahteraan Holistik, ia bertujuan untuk memelihara dan memulihara anda secara menyeluruh dari segi jasmani dan rohani.

Peningkatan Diri

Kami menyediakan pelbagai program dan aktiviti dengan menawarkan banyak peluang keseronokan serta usaha meningkatkan jati diri anda.